Mengenai kami

Organisasi ini dianjurkan oleh pelajar dan graduan Universiti Bahasa Asing Tokyo.Kami bertujuan menarik perhatian orang ramai dan meminta bantuan mereka terhadap pembangunan semula kawasan bencana secara berterusan tanpa terhenti, menerusi menyebarkan kepada dunia luahan perasaan mangsa tentang pembangunan semula dengan menggunakan gambar.

Aktiviti memulihkan dan membangunkan semula asas kehidupan dilakukan secara berterusan.Dengan aktiviti itu boleh dikatakan bahawa kini Tohoku dibebaskan dari keadaan sukar selepas gempa bumi dahsyat secara beansur-ansur.Akan tetapi, sukarelawan dan bantuan fizikal masih diperlukan walaupun sudah setahun setengah sejak peristiwa tersebut berlaku. Tambahan pula, bencana itu mula dilupa di luar kawasan bencana.Oleh sebab itu, kita perlu menerima maklumat yang disalurkan dari kawasan tersebut. Memandangkan keadaan kini seperti ini, kami menetapkan tujuan aktiviti ini: “menyalurkan perasaan orang yang tinggal di kawasan Tohoku kepada dunia untuk membangun semula.” Secara konkrit, kami akan membuka laman web (Tohoku 10×26 Windows) dan pameran gambar (Pameran gambar pembinaan semula Tohoku pada 11 Mac 2012 di Paris).Gambar-gambar yang akan dipamerkan di pameran tersebut dipinjam dari organisasi yang kini aktif dalam kawasan bencana.Selain itu, ayat-ayat yang memperkenalkan setiap organisasi dan komen-komen tentang gambar semuanya diterima terus daripada ahli-ahli organisasi itu agar kami boleh menyampaikan suara mereka kepada dunia. Kerana wang dan tenaga orang ramai masih diperlukan untuk pembinaan semula, kami berharap agar masyarakat di seluruh dunia mengetahui keadaan ini melalui aktiviti kami dan mereka berminat untuk menghulurkan bantuan secara berterusan.

Apakah Tohoku 10×26 Windows?

Tohoku 10×26 Windows ini ialah “10 buah organisasi memberi gambar-gambar untuk pameran gambar dan pelajar Universiti Bahasa Asing Tokyo menyalurkan maklumat aktiviti setiap organisasi dalam 26 bahasa kepada dunia.” Oleh kerana kami mengharap orang ramai di seluruh dunia masih mengingati Tohoku kini, kami menetapkan sasaran bilangan orang yang melihat laman web ini mencapai satu juta orang.

Pameran gambar pembinaan semula Tohoku

Pada 11 Mac 2012, kegiatan amal untuk gempa bumi tersebut akan diadakan di ibu pejabat UNESCO (Paris, Perancis). Kegiatan ini terdiri daripada dua acara, iaitu “Memorial Concert” serta pameran gambar, dan kami bertanggunjawab menjalankan pameran gambar itu. Dalam pameran tersebut, kami bukan mempamerkan gambar sahaja, tetapi akan menerima mesej kepada mangsa daripada pihak yang hadir. Kami akan membawa balik mesej ini ke Jepun dan menyampaikannya kepada penduduk Tohoku bagi melahirkan perasaan kemanusiaan di kalangan mereka.