Home>Malay Bahasa Malaysia マレーシア語

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 5

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

放射線被ばくに関する基礎知識 5 (マレーシア語)

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 5

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi ? Bahagian 5

1. Kerajaan Metropolitan Tokyo berkata bahawa air di Pusat Penulenan atau Pembersihan Kanamachi di Daerah Katsushika mengandungi bahan iodin radioaktif sebanyak 210Bq/L iaitu 210 becquerel per liter). Tidak mengapakah bagi seseorang dewasa meminum air paip?

Bagi seorang dewasa, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan mengenai pengaruhnya terhadap kesihatan. Had terhadap radiasi di dalam air mengikut keselamatan undang-undang Jepun adalah sebanyak 300Bq/L per kilogram. Standard ini ditetapkan apabila dos radiasi yang diterima oleh kelenjar tiroid kekal pada tahap 50mSv (milli Sievert) setiap tahun atau kurang, walaupun bila air yang mengandungi iodin radioaktif terus menerus diinges bagi satu tempoh masa yang panjang. *

Contohnya, apabila seorang dewasa terus menerus meminum air yang mengandungi iodin sebanyak 300Bq/L selama dua bulan, jumlah pendedahan terhadapnya adalah lebih kurang 790 μSv (mikro Sievert) atau 0.79 mSv berdasarkan penukaran pekali (koefisien) oleh Suruhanjaya Antarabangsa terhadap Perlindungan Radiologi. Nilai sebanyak ini merupakan satu pertiga daripada kuantiti radiasi yang diterima oleh manusia dalam setahun dari latar belakang alam semula jadi maka anda tidak perlu berasa bimbang akan kesannya terhadap kesihatan anda.

Tambahan lagi, separuh hayat iodin radioaktif adalah lebih kurang lapan hari. Iodin radioaktif tersebut akan menjadi kurang lagi dan tinggal setengah sahaja setelah lapan hari, dan iodin radioaktif tersebut akan menjadi kurang lagi dan tinggal seperempat sahaja setelah lapan hari lagi dan begitulah seterusnya. Oleh yang demikian, walaupun pada satu masa iodin radioaktif masuk ke dalam badan, iodin radioaktif tersebut akan tinggal hanya satu per seratus atau kurang dalam tempoh dua bulan.

*Suruhanjaya Keselamatan Nuklear (langkah-langkah keselamatan untuk kemudahan-kemudahan nuklear) Kali terakhir diubah: Ogos 2010.

2. Bolehkah saya menggunakan air yang disebutkan di dalam soalan di atas untuk memasak?

Anda tidak perlu berasa bimbang akan kesannya terhadap kesihatan walaupun air tersebut digunakan untuk memasak. Standard keselamatan ditetapkan pada tahap nilai yang amat rendah supaya kesannya terhadap kesihatan adalah paling minimum, walaupun semasa menggunakan air tersebut untuk memasak.

3. Bolehkah saya menggunakan air yang disebutkan di atas tadi untuk mandi, berkumur-kumur, memberus gigi dan sebagainya?

Tidak terdapat sebarang kesan negatif terhadap kesihatan walaupun anda menggunakan air tersebut untuk tujuan-tujuan lain selain meminum dan memasak.

Sekiranya anda terus menggunakan air paip yang mengandungi iodin radioaktif sebanyak 300Bq/L dan juga mengandungi cesium radioaktif sebanyak 200Bq/L selama setahun (Ini adalah tahap standard keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan), adalah dianggapkan dos pendedahan daripada air ialah lebih kurang 14.5μSv (mikro Sievert), dan pendedahan dalaman daripada iodin dan cesium radioaktif daripada air yang telah menjadi wap adalah sebanyak 250μSv (mikro Sievert). Jumlah ini hampir sama dengan pendedahan terhadap radiasi akibat penerbangan pergi-balik di antara Tokyo dan New York, maka anda tidak perlu berasa bimbang.

4. Saya dengar bahawa iodin radioaktif menyejat di dalam air yang mendidih. Adakah ini benar?

Adalah dipercayai bahawa iodin radioaktif tidak menyejat di dalam air yang mendidih. Iodin radioaktif akan memeluwap setelah air menyejat.

5. Adakah terdapat sebarang kesan terhadap wanita-wanita yang mengandung dan kanak-kanak?

Sila rujuk pada komen yang diberikan oleh persatuan-persatuan berikut di laman web.
Persatuan Radiologi Jepun (Japan Radiological Society)
http://www.radiology.jp/

Persatuan Obstetrik (Kebidanan) dan Ginekologi (Sakit Puan) Jepun (Japan Society of Obstetrics and Gynecology)
http://www.jsog.or.jp/

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 4

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

放射線被ばくに関する基礎知識 4 (マレーシア語)

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 4

1. Saya tinggal di kawasan Metropolitan Tokyo (Tokyo, Chiba, Kanagawa). Adakah lebih baik bagi saya supaya mengelakkan diri daripada keluar dari rumah?

Hingga kini, amaun radiasi yang terdapat di kawasan Kanto amat kecil sekali. Selagi kesan kemalangan loji nuklear tidak meningkat dengan begitu ketara, anda boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa, dan tidak perlu bimbang untuk keluar dari rumah.

2. Saya tinggal 50 kilometer jauhnya dari kawasan kemalangan loji nuklear di Fukushima. Adakah selamat bagi saya untuk membuka tingkap atau menggunakan sistem penyaman udara?

Membuka tingkap atau mengalih udara dengan sistem penyaman udara tidak meninggalkan kesan yang memudaratkan kesihatan anda. Selagi kesan kemalangan loji nuklear tidak meningkat dengan begitu ketara, anda tidak perlu bimbang.

3. Saya tinggal di kawasan Metropolitan Tokyo. Beberapa hari setelah kemalangan loji nuklear, saya basah kena hujan. Saya tidak apa-apakah?

Hujan difikirkan mengandungi bahan radioaktif yang terlepas akibat kemalangan loji nuklear, tetapi amaunnya tidak ketara. Berdasarkan pada pengiraan penumpuan radioaktif di dalam udara yang dilaporkan, amaun bahan cemar radioaktif dari air hujan tidak membahayakan kesihatan walaupun bahan cemar itu melekat pada kulit. Anda tidak perlu berasa bimbang.

4. Saya pun dapat tahu bahawa bahan radioaktif dapat dikesan juga dalam air paip, tetapi saya minum air paip sebelum perkara itu dilaporkan. Saya tidak apa-apakah? Adakah air paip tidak seharusnya digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain termasuk minum?

Meminum air paip dalam satu jangka masa yang pendek tidak membahayakan kesihatan anda. Kementerian Kesihatan telah memberi pandangan-pandangan berikut untuk bersedia menggunakan air paip dengan terhad, mungkin kementerian terpaksa mengehadkan penggunaan air paip akibat kemalangan loji nuklear di Fukushima.

(1) Elakkan diri daripada meminum air paip.
(2) Tidak mendatangkan sebarang masalah menggunakan air paip untuk kegunaan harian seperti mandi atau mencuci tangan.
(3) Sekiranya tidak ada pilihan lain tidak mengapa minum air paip.
Sila beri perhatian terhadap maklumat-maklumat yang dibekalkan oleh kerajaan perbandaran.

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 3

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

放射線被ばくに関する基礎知識 3 (マレーシア語)

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 3

1. 'Media massa telah melaporkan pencemaran makanan oleh radiasi. Adakah langkah-langkah beringat-ingat yang perlu kita ambil semasa kita makan sayur-sayuran atau makanan-makanan lain?

Kebanyakan radiasi yang dapat dikesan pada sayur-sayuran terdapat pada permukaannya. Kita boleh mengurangkan bahan-bahan yang tercemar itu dengan mencucinya betul-betul, merebusnya (membuang air rebusan) dan mengupas kulit sayur-sayuran itu.

2. Bagi penduduk-penduduk di kawasan pemindahan dan mereka-mereka yang telah diarahkan supaya tinggal di dalam rumah, apakah yang harus dilakukan terhadap pakaian-pakaian yang dapat dikesan terkena pencemaran radiasi?

Setakat ini, belum ada seorang pun yang didapati terkena pencemaran radiasi yang membahayakan kesihatannya. Setelah pakaian itu dicuci seperti selalu, pakaian itu selamat digunakan seperti biasa.

3. Apakah yang harus dilakukan terhadap air cucian pakaian yang telah digunakan untuk dekontaminasi?

Adalah selamat bagi kita membuangkan air itu ke dalam sistem kumbahan biasa.

4. Adakah selamat bagi kita berhubungan dengan orang-orang yang datang dari kawasan-kawasan yang terjejas?

Apabila kita menerima seseorang penghuni kawasan pemindahan dari kawasan yang terjejas dengan radiasi, adalah baiknya kita menyuruh dia menanggalkan pakaian luarnya, dan pergi mandi dahulu. Semasa mandi, seseorang itu hendaklah memberi perhatian yang lebih terhadap mensyampu rambutnya, mencuci muka dan badannya serta memberus permukaan kulit di keliling kuku-kuku jari. Adalah selamat kita membiarkan air mandi mengalir seperti biasa. Kereta yang digunakan untuk memindahkan penduduk-penduduk, mungkin juga terkena pencemaran radioaktif. Bagi kereta-kereta ini, menjalani pencucian kereta seperti biasa sudah memadai. Air cucian kereta juga boleh dibuangkan ke dalam sistem kumbahan.

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 2

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

放射線被ばくに関する基礎知識 2 (マレーシア語)

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 2

1. Menurut media massa, ‘Tahap radiasi telah meningkat di kawasan Kanto.’ Adakah kita selamat dan tidak apa-apa?

'Amaun radiasi sepuluh kali atau seratus kali lebih tinggi daripada tahap latar belakang biasa' kedengaran sangat luar biasa, tetapi pada kenyataannya di tahap ini masih tidak membahayakan kesihatan kita.

Tahap radiasi yang diperhatikan di Wilayah Tokyo, Tochigi, Gunma, Chiba, Kanagawa, Yamanashi dan Shizuoka di antara pukul 9.00 pagi dan pukul 5.00 petang pada 5 hari bulan Mac ialah 1 mikro Sievert (μSv) per jam paling tinggi. Sekiranya kita terus menerus terdedah pada tahap ini selama setahun, tahap jumlah radiasi hampir sama dengan tahap satu imbas CT yang kita ambil di hospital, maka jelaslah tahap ini tidak membahayakan kesihatan kita. Lagi pun, radiasi di tahap ini (1 μSv/jam) tidak mungkin akan berterusan.

2. Bolehkah saya menyukat pendedahan terhadap radiasi di NIRS?

Institut Sains Radiologi Negara (National Institute of Radiological Sciences: NIRS) telah menjalankan penyukatan radiasi bagi mereka yang bekerja di logi tenaga nuklear di Wilayah Fukushima semalam dan pada hari sebelumnya. Setakat ini, kami belum mendapati sesiapa pun yang memerlukan langkah-langkah dekontaminasi. Maka, mereka yang tidak diarahkan pergi ke tempat perlindungan atau dipindahkan oleh kerajaan tempatan tidak perlu memeriksa tahap radiasi mereka.

Penyukatan radiasi dijalankan di tempat perlindungan di kawasan-kawasan yang mengalami kemusnahan, tetapi tujuan ujian-ujian ini adalah untuk memastikan tidak terdapat kesan yang berbahaya terhadap orang-orang tersebut.

3. Apakah yang boleh kita lakukan untuk dekontaminasi? Bagaimana saya boleh mendekontaminasikan di rumah?

Dekontaminasi boleh disempurnakan dengan mandi, mensyampu rambut dan juga dengan mencuci pakaian. Maksudnya, kegiatan harian telah pun menawarkan perlindungan untuk dekontaminasi.

4. Saya sedang mengandung. Adakah saya akan terjejas oleh radiasi?

Seperti yang telah dijelaskan untuk penduduk umum, wanita-wanita yang mengandung tidak perlu berasa bimbang yang berlebih-lebih. Berkenaan dengan kesan-kesan terhadap kanak-kanak yang belum lahir, tidak dapat sebarang kajian yang menunjukkan kecacatan dan/atau kerencatan mental boleh berlaku pada dos pendedahan kurang daripada 100 mSv*. Bagi barah kanak-kanak atau orang dewasa, kesan akibat tahap radiasi masa ini adalah lebih kurang daripada faktor-faktor lain yang berkaitan dengan gaya hidup kita.
Maka, anda tidak perlu bimbang berlebih-lebih dengan keadaan sekarang ini.

Potassium iodide merupakan satu ubat yang boleh mengurangkan kemusnahan radiasi. Kesan-kesan sampingan seperti reaksi alahan mungkin akan berlaku apabila mengambil potassium iodide. Sila ambil langkah-langkah berjaga-jaga sebelum menggunakan ubat ini.

Jangan telan produk yang mengandungi iodin yang boleh didapati di komersial (seperti ubat pencuci mulut, penyembur kerongkong atau bahan penyahjangkit (disinfektan)

Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat laman web 'Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan'

http://www.mhlw.go.jp/stf/houdou/2r98520000014uzs-img/2r98520000014v1g.pdf(PDF)

*Lebih tepat lagi, dos radiasi bagi kanak-kanak yang belum lahir sepatutnya ditunjukkan,'kurang daripada 100 mGy', tetapi kami telah menggunakan Sievert (Sv) oleh kerana unit ini biasa digunakan oleh media (1 Sv = 1 Gy untuk sinar X dan sinar gama).

Notis dari Biro Imigresen berhubung dengan Gempa Bumi Besar Tohoku/Kanto

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

東北関東大震災に関する入管局からのお知らせ(抜粋)(マレーシア語)

Notis dari Biro Imigresen berhubung dengan Gempa Bumi Besar Tohoku/Kanto

Petikan-petikan daripada rangkaian: http://www.moj.jp.hisho/kouhou/hisai0001.html

Perkhidmatan perundingan berkaitan dengan kedudukan penduduk (kedudukan visa)/keluar dari negara dalam pentadbiran Biro Imigresen kawasan Sendai

Nombor-nombor telefon
Biro Imigresen Kawasan Sendai: 022-256-6076 (talian utama)
Pejabat Cawangan Morioka: 019-621-1206
Pejabat Cawangan Akita: 018-895-5221
Pejabat Cawangan Sakatako: 0234-22-2746
Pejabat Cawangan Kooriyama: 024-936-3231

Pusat Maklumat: 022-298-9014
Perkhidmatan dalam bahasa Jepun selama 24 jam sehari ada disediakan.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan perundingan boleh didapati dalam bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Cina dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 4:00 petang, dari Isnin hingga Jumaat.

Maklumat hubungan untuk berhubung dengan pejabat-pejabat imigresen lapangan terbang
Pejabat Cawangan Niigata, Bangunan Terminal Lapangan Terbang Niigata
Telefon?: 025-275-4735
Pejabat Imigresen Kawasan Lapangan Terbang Narita, Bangunan Terminal Kedua Lapangan Terbang Narita
Telefon?: 0476-34-2222, 0476-34-2211
Pejabat Imigresen Kawasan Lapangan Terbang Haneda, Lapangan Terbang Haneda
Telefon?: 03-5708-3202, 03-5708-3211

Maklumat hubungan berhubung dengan prosedur-prosedur imigresen dan waktu pejabat (bermula dari 16 hb Mac, pukul 5.00 petang)
Sila lihat rangkaian yang berikut untuk mendapat maklumat mengenai waktu pejabat bagi prosedur-prosedur imigresen di Biro Imigresen Kawasan Sendai, Biro Imigresen Kawasan Tokyo dan Pusat Imigresen Higashi Nihon:
PDF Not Found

Pertanyaan boleh dibuat sama ada mangsa bencana alam telah meninggalkan Jepun atau belum, sebagai satu cara untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.
Pertanyaan boleh dibuat bagi yang berikutnya: sama ada ahli-ahli keluarga mereka atau ada mempunyai hubungan tali persaudaraan dengan orang yang mengemukakan pertanyaan dan mereka telah berdaftar sebagai penduduk asing di bandar-bandar dan kampung-kampung yang ditandakan di bawah Akta Bantuan Bencana Alam (Disaster Relief Act) di dalam lingkungan empat buah wilayah: Aomori, Iwate, Miyagi dan Fukushima.

Cara mengemukakan pertanyaan: Pertanyaan boleh dibuat dengan mengisi borang berikut, "Perisytiharan Butir Diri" melalui telefon, faks atau e-mel. Jawapan terhadap pertanyaan akan dibuat menerusi telefon, faks atau e-mel sama ada atau tidak orang asing yang berdaftar yang dimaksudkan itu mempunyai "rekod bertolak keluar dari negara" (telah meninggalkan negara sebelum kejadian gempa bumi dan tidak ada rekod memasuki negara semula setelah itu). Perkara ini memakan masa lebih kurang setengah hari.

Perisytiharan Butir Diri
(1)Butir-butir yang berkaitan dengan orang asing yang disoal itu: kerakyatan, nama, tarikh lahir, jantina, tempat kediaman, (Jajahan/Wilayah XX, Bandar raya XX, Bandar XX)
(2)Butir-butir yang berkaitan dengan diri?sendiri?: kerakyatan, nama, tarikh lahir, jantina, alamat/tempat kediaman, nombor telefon, nombor faks, hubungan di antara diri sendiri dengan orang asing yang ditanya.
*Dalam bahasa Jepun atau bahasa Inggeris sahaja.
*Tidak mungkin dapat memastikan rekod bertolak keluar dari negara bagi mereka yang tinggal di luar kawasan yang ditandakan sebagai kawasan yang mungkin untuk membuat pertanyaan atau untuk mengesahkan kedudukan mereka yang mana tempat kediaman mereka tidak diketahui.

Masa:
Waktu Telefon: Dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang, dari Isnin hingga Jumaat
Faks/E-mel: 24 jam sehari (termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti)

Tempat Hubungan:
Kementerian Keadilan, Biro Imigresen, Bahagian Hal-Ehwal Awam, Pejabat Pengurusan Maklumat Imigresen

Telefon: 03-3580-4111
Faks: 03-3592-8129 (talian terus), 03-3592-7368
E-mel: nyukan44@moj.go.jp

Pengetahuan asas berhubung dengan radioaktiviti berkenaan dengan kemusnahan yang terjadi ke atas logi kuasa nuclear 1

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

Pengetahuan asas berhubung dengan radioaktiviti berkenaan dengan kemusnahan yang terjadi ke atas logi kuasa nuclear 1

原子力発電所被害に関する放射能分野の基礎知識 (マレーシア語)
(放射線被ばくに関する基礎知識1)

Diambil dari URL Institut Sains Radiologi Negara (National Institute of Radiological Sciences: NIRS)
http://www.nirs.go.jp/information/info.php?116
1. Apakah yang harus kami, yang tinggal di kawasan pinggiran logi kuasa nuklear lakukan sekiranya berlaku kemalangan logi kuasa nuklear?

Pertama, anda harus mengumpul maklumat dari radio atau televisyen atau pun dari Majlis Perbandaran menerusi kenderaan Perhubungan Awam atau radio mengenai pentadbiran pencegahan bencana alam atau penyiaran kawat. Jangan terpengaruh dengan khabar angin. Anda hendaklah bertindak pantas apabila menerima arahan daripada pihak berkuasa Majlis Perbandaran tempatan sama ada anda tidak dibenarkan keluar dari rumah atau disuruh berpindah dari tempat kediaman.
Sekiranya anda tinggal di dalam bangunan, sila tutup rapat-rapat semua tingkap dan pintu dan berhentikan kipas angin dan alat seumpama itu untuk memastikan tidak ada udara dari luar dapat masuk ke dalam.
Jangan makan hasil-hasil pertanian yang ditanam di kawasan tempat yang disuruh pindah sehingga keselamatannya terjamin.

2. Apakah yang harus kami ambil berat atau pentingkan semasa kami berpindah dari tempat kediaman kami?

Supaya anda tidak menyedut bahan radioaktif semasa bernafas ketika berada di luar, lipat dan basahkan sama ada tuala atau sapu tangan dengan air, kemudian perahkan kuat-kuat untuk menutup mulut dan hidung sebagai perlindungan, langkah ini dapat melindungi anda daripada tersedut banyak jenis bahan radioaktif.
Pastikan anda memakai topi dan sebagainya dan cuba tidak mendedahkan kulit anda seberapa banyak yang boleh.

3. Bagaimanakah bahan radioaktif di dalam udara dapat mempengaruhi badan manusia? Sila beri nasihat berdasarkan amaun atau berapa banyak pendedahan radioaktif.

Bahan radioaktif yang ada di dalam udara boleh terdapat di dalam alam persekitaran sekiranya bahan radioaktif itu jatuh pada permukaan tanah atau bangunan. Dalam hal demikian, anda menghadapi risiko di dalam badan sekiranya anda mengambil bahan radioaktif itu dengan meminum air atau memakan hasil pertanian yang tercemar oleh bahan radioaktif.
Kesihatan anda boleh terjejas sekiranya anda terdedah kepada radioaktiviti, walau bagaimanapun, kesan atau sejauh mana pengaruhnya bergantung pada amaun atau berapa banyak anda terkena radiasi. Sebagai contoh, pendedahan radioaktif di bawah 100mSv (milli-sievert) tidak akan memberi kesan yang segera kepada kesihatan. Semakin tinggi amaun radioaktiviti, semakin tinggilah risiko anda mendapat barah di dalam tempoh beberapa tahun hingga beberapa dekad, tetapi risikonya hanya 0.5 peratus dalam hal 100mSv radioaktiviti. Ini merupakan risiko yang lebih rendah daripada satu per sepuluh, berbanding dengan mendapat penyakit barah berhubung dengan amalan-amalan kehidupan seharian, seperti merokok, diet, maka anda tidak perlu berasa begitu bimbang sekali.

Perundingan melalui telefon mengenai hal-hal yang bersangkut dengan undang-undang bagi warganegara asing yang terlibat dengan gempa bumi oleh para peguam

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

被災外国人のための電話法律相談 (マレーシア語)

Perundingan melalui telefon mengenai hal-hal yang bersangkut dengan undang-undang bagi warganegara asing yang terlibat dengan gempa bumi oleh para peguam

Para peguam akan mengadakan perundingan mengenai hal-hal yang bersangkut dengan undang-undang dengan bantuan para penterjemah.
Tidak dikenakan sebarang bayaran berhubung dengan perkara ini selain bayaran membuat panggilan telefon.

・Tempoh masa: Dari Isnin hingga Jumaat, dari 29 hb Mac (Selasa) hingga 27 hb Mei (Jumaat), tidak termasuk hari cuti awam, mungkin tempohnya boleh dipanjangkan.

・Masa: Pukul 10:00 pagi-12:00 tengah hari (selama dua jam)

・Tel: 03-3591-2291

Penterjemahan boleh didapati dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Korea, bahasa Portugis, bahasa Sepanyol, bahasa Indonesia, bahasa Tagalog, bahasa Romani dan bahasa-bahasa lain.

・Talian telefon akan dijawab oleh dua orang peguam yang menunggu panggilan-panggilan masuk.

Ditaja oleh Persatuan Badan Peguam Persekutuan Jepun, Persatuan Badan Peguam Persekutuan Kanto, Persatuan Badan Peguam Tokyo, Persatuan Badan Peguam Daiichi Tokyo dan Persatuan Badan Peguam Daini Tokyo

Perkhidmatan penterjemahan ada disediakan melalui sistem telefon trio atau telefon tiga serangkai dengan kerjasama Universiti Bahasa Asing Tokyo (Tokyo University of Foreign Studies).

Penilaian Kemusnahan Bangunan terhadap bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan tsunami di kawasan Pantai Pasifik, Timur Laut Jepun

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

東北地方太平洋沖地震による被災建物への「建物被害認定調査」について(マレーシア語)

Penilaian Kemusnahan Bangunan terhadap bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan tsunami di kawasan Pantai Pasifik, Timur Laut Jepun

Penilaian Kemusnahan Bangunan terhadap bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan tsunami di kawasan Pantai Pasifik, Timur Laut Jepun
27 hb Mac 2011

Untuk menilai sejauh mana kemusnahan ke atas bangunan akibat kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda kawasan Pantai Pasifik, Timur Laut Jepun, Pejabat Daerah Sendai sedang menjalankan ‘Penilaian Kemusnahan Bangunan’ dan kami meminta setiap penduduk memberi kerjasama dalam perkara-perkara yang terdapat dalam garis-garis panduan berikut.

Dalam hal membaiki atau merobohkan bangunan
Dalam hal keadaan di mana anda hendak membaiki atau merobohkan sesuatu bangunan itu sebelum para pegawai kami datang untuk memeriksa bangunan tersebut, sila pastikan anda dapat menyediakan perkara-perkara berikut supaya dapat menentusahkan sejauh mana kemusnahan yang berlaku ke atas bangunan tersebut walaupun pada suatu tarikh yang agak lewat.

1.Gambar-gambar yang menunjukkan keadaan kemusnahan sebelum bangunan itu dibaiki.
(1)gambar-gambar yang menunjukkan pandangan keseluruhan bangunan yang termusnah itu. (Kalau boleh sila ambil gambar pandangan keseluruhan bangunan itu dari keempat-empat sudut).
(2)gambar-gambar yang menunjukkan keadaan bahagian-bahagian yang telah termusnah itu.
(bumbung, tiang, dinding bahagian luar, dinding bahagian dalam, kelengkapan bangunan, tapak bangunan, lantai, siling, kemudahan-kemudahan bangunan dan lain-lain)

2.Anggaran dan penyata terperinci berkenaan dengan membaiki atau merobohkan bangunan.

3.Dokumen-dokumen lain yang boleh menjadi bahan rujukan untuk mengesahkan keadaan kemusnahan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Kemusnahan Bangunan?

1.Penilaian Kemusnahan Bangunan adalah suatu pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Pejabat Daerah Sendai berdasarkan standard kebangsaan untuk menilai sejauh mana kemusnahan ke atas satu-satu bangunan (sama ada termusnah sepenuhnya atau sebahagian sahaja, dsb).
Perhatian: Pemeriksaan bagi penilaian ini berbeza daripada ‘pemeriksaan keselamatan kecemasan’ yang mana untuk menilai betapa bahayanya bangunan-bangunan yang musnah itu.

2.Oleh kerana kemusnahan yang disebabkan oleh bencana gempa bumi adalah sangat teruk, maka perkara ini akan memakan masa untuk melawat dan memeriksa setiap individu. Kami sangat menghargai sikap bertimbang rasa anda berhubung dengan hal ini.

Kami akan memberitahu anda kemudian mengenai formaliti Sijil Mangsa Bencana Alam (Risai shoumei り災証明, sebuah sijil yang dikeluarkan apabila kami mengesahkan betapa teruknya kemusnahan yang berlaku ke atas perumahan yang disebabkan oleh bencana alam) dan juga sijil pemberitahuan mangsa bencana alam (Risai todokede shoumei り災届出証明, sebuah sijil yang dikeluarkan untuk mengesahkan laporan anda mengenai kemusnahan selain perumahan)

Maklumat dari Biro Imigresen 3

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

Perkhidmatan Maklumat Bencana Alam Berbilang Bahasa TUFS dibekalkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Pelbagai Budaya dan Berbilang Bahasa

Maklumat dari Biro Imigresen 3

入国管理局からのお知らせ 3 (マレーシア語)

Maklumat dari Biro Imigresen 3

Kepada Warganegara Asing

・Para mangsa kejadian gempa bumi boleh memanjangkan tempoh mereka tinggal di sini hingga 31 hb Ogos, 2011.
・Pelbagai langkah-langkah imigresen boleh dikendalikan di pejabat imigresen yang terdekat dengan kawasan pemindahan.
・Perkhidmatan perundingan berkaitan dengan gempa bumi ada disediakan.

Sila hubungi
Pusat Maklumat Imigresen (Gaikokujin Zairyu Sougou Information Center)
Tel: 0570-013904 (Isnin hingga Jumaat 8:30-17:15)
(IP・PHS・Panggilan Antarabangsa 03-5796-7112)
Alamat E-mel: info-tokyo@immi-moj.go.jp
Bahasa-bahasa yang boleh didapati:
Bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Korea, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis

Kepada Ahli-ahli Keluarga atau Saudara-mara Warganegara Asing
・Mengesahkan Keselamatan Mangsa-mangsa Gempa Bumi (Pertanyaan mengenai butir-butir tentang mereka yang meninggalkan tempat itu)

Sila hubungi
Pejabat Pengurusan Maklumat Imigresen Bahagian Hal-Ehwal Awam, Biro Imigresen Kementerian Kehakiman
Tel: 03-3580-4111(Isnin hingga Jumaat 9:30-18:00)
Faks: 03-3592-8129
Alamat E-mel: nyukan44@moj.go.jp
Bahasa-bahasa yang boleh didapati?: Bahasa Jepun dan bahasa Inggeris
Pelbagai maklumat imigresen telah dipaparkan di laman web berikut.
http://www.moj.go.jp/hisho/kouhou/hisai0001.html

Notis yang kedua dari Biro Imigresen

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

入国管理局からのお知らせ 2 (マレーシア語)

Notis yang kedua dari Biro Imigresen

Anda boleh memajukan pertanyaan menggunakan nombor telefon berikut berhubung dengan masuk dan keluar secara kecemasan dari Jepun.

*Pertanyaan individu berhubung dengan perkara-perkara yang dalam permohonan tidak akan dijawab.

Tel: 03-3580-4111
Masa: 9:00-17:00
Pertanyaan boleh dibuat dalam bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Korea, bahasa Sepanyol dan bahasa Portugis.

http://www.moj.go.jp/hisho/kouhou/hisai0001.html

Perhatian:
Bagi nombor telefon perhubungan mengenai pertanyaan kepada pegawai imigresen di lapangan terbang, dan bagi pertanyaan mengenai pengesahan keluar demi untuk memastikan keselamatan mangsa-mangsa bencana alam, sila rujuk kepada 'Notis dari Biro Imigresen berhubung dengan Gempa Bumi Besar Tohoku/Kanto' yang dipaparkan di laman web berikut.
http://www.tufs.ac.jp/blog/ts/g/cemmer/2011/03/notice_from_the_immigration_bu.html

Notis dari Biro Imigresen berhubung dengan Gempa Bumi Besar Tohoku/Kanto

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.

東北関東大震災に関する入管局からのお知らせ(抜粋)(マレーシア語)

Notis dari Biro Imigresen berhubung dengan Gempa Bumi Besar Tohoku/Kanto

Petikan-petikan daripada rangkaian: http://www.moj.jp.hisho/kouhou/hisai0001.html

Perkhidmatan perundingan berkaitan dengan kedudukan penduduk (kedudukan visa)/keluar dari negara dalam pentadbiran Biro Imigresen kawasan Sendai

Nombor-nombor telefon
Biro Imigresen Kawasan Sendai: 022-256-6076 (talian utama)
Pejabat Cawangan Morioka: 019-621-1206
Pejabat Cawangan Akita: 018-895-5221
Pejabat Cawangan Sakatako: 0234-22-2746
Pejabat Cawangan Kooriyama: 024-936-3231

Pusat Maklumat: 022-298-9014
Perkhidmatan dalam bahasa Jepun selama 24 jam sehari ada disediakan.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan perundingan boleh didapati dalam bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Cina dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 4:00 petang, dari Isnin hingga Jumaat.

Maklumat hubungan untuk berhubung dengan pejabat-pejabat imigresen lapangan terbang
Pejabat Cawangan Niigata, Bangunan Terminal Lapangan Terbang Niigata
Telefon : 025-275-4735
Pejabat Imigresen Kawasan Lapangan Terbang Narita, Bangunan Terminal Kedua Lapangan Terbang Narita
Telefon : 0476-34-2222, 0476-34-2211
Pejabat Imigresen Kawasan Lapangan Terbang Haneda, Lapangan Terbang Haneda
Telefon : 03-5708-3202, 03-5708-3211

Maklumat hubungan berhubung dengan prosedur-prosedur imigresen dan waktu pejabat (bermula dari 16 hb Mac, pukul 5.00 petang)
Sila lihat rangkaian yang berikut untuk mendapat maklumat mengenai waktu pejabat bagi prosedur-prosedur imigresen di Biro Imigresen Kawasan Sendai, Biro Imigresen Kawasan Tokyo dan Pusat Imigresen Higashi Nihon:
http://www.moj.go.jp/content/000071744.pdf(PDF)

Pertanyaan boleh dibuat sama ada mangsa bencana alam telah meninggalkan Jepun atau belum, sebagai satu cara untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.
Pertanyaan boleh dibuat bagi yang berikutnya: sama ada ahli-ahli keluarga mereka atau ada mempunyai hubungan tali persaudaraan dengan orang yang mengemukakan pertanyaan dan mereka telah berdaftar sebagai penduduk asing di bandar-bandar dan kampung-kampung yang ditandakan di bawah Akta Bantuan Bencana Alam (Disaster Relief Act) di dalam lingkungan empat buah wilayah: Aomori, Iwate, Miyagi dan Fukushima.

Cara mengemukakan pertanyaan: Pertanyaan boleh dibuat dengan mengisi borang berikut, "Perisytiharan Butir Diri" melalui telefon, faks atau e-mel. Jawapan terhadap pertanyaan akan dibuat menerusi telefon, faks atau e-mel sama ada atau tidak orang asing yang berdaftar yang dimaksudkan itu mempunyai "rekod bertolak keluar dari negara" (telah meninggalkan negara sebelum kejadian gempa bumi dan tidak ada rekod memasuki negara semula setelah itu). Perkara ini memakan masa lebih kurang setengah hari.

Perisytiharan Butir Diri
(1) Butir-butir yang berkaitan dengan orang asing yang disoal itu: kerakyatan, nama, tarikh lahir, jantina, tempat kediaman, (Jajahan/Wilayah XX, Bandar raya XX, Bandar XX)
(2) Butir-butir yang berkaitan dengan diri sendiri : kerakyatan, nama, tarikh lahir, jantina, alamat/tempat kediaman, nombor telefon, nombor faks, hubungan di antara diri sendiri dengan orang asing yang ditanya.