Home

Pengetahuan asas berhubung dengan radioaktiviti berkenaan dengan kemusnahan yang terjadi ke atas logi kuasa nuclear 1

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.


Pengetahuan asas berhubung dengan radioaktiviti berkenaan dengan kemusnahan yang terjadi ke atas logi kuasa nuclear 1

原子力発電所被害に関する放射能分野の基礎知識 (マレーシア語)
(放射線被ばくに関する基礎知識1)

Diambil dari URL Institut Sains Radiologi Negara (National Institute of Radiological Sciences: NIRS)
http://www.nirs.go.jp/information/info.php?116
1. Apakah yang harus kami, yang tinggal di kawasan pinggiran logi kuasa nuklear lakukan sekiranya berlaku kemalangan logi kuasa nuklear?

Pertama, anda harus mengumpul maklumat dari radio atau televisyen atau pun dari Majlis Perbandaran menerusi kenderaan Perhubungan Awam atau radio mengenai pentadbiran pencegahan bencana alam atau penyiaran kawat. Jangan terpengaruh dengan khabar angin. Anda hendaklah bertindak pantas apabila menerima arahan daripada pihak berkuasa Majlis Perbandaran tempatan sama ada anda tidak dibenarkan keluar dari rumah atau disuruh berpindah dari tempat kediaman.
Sekiranya anda tinggal di dalam bangunan, sila tutup rapat-rapat semua tingkap dan pintu dan berhentikan kipas angin dan alat seumpama itu untuk memastikan tidak ada udara dari luar dapat masuk ke dalam.
Jangan makan hasil-hasil pertanian yang ditanam di kawasan tempat yang disuruh pindah sehingga keselamatannya terjamin.

2. Apakah yang harus kami ambil berat atau pentingkan semasa kami berpindah dari tempat kediaman kami?

Supaya anda tidak menyedut bahan radioaktif semasa bernafas ketika berada di luar, lipat dan basahkan sama ada tuala atau sapu tangan dengan air, kemudian perahkan kuat-kuat untuk menutup mulut dan hidung sebagai perlindungan, langkah ini dapat melindungi anda daripada tersedut banyak jenis bahan radioaktif.
Pastikan anda memakai topi dan sebagainya dan cuba tidak mendedahkan kulit anda seberapa banyak yang boleh.

3. Bagaimanakah bahan radioaktif di dalam udara dapat mempengaruhi badan manusia? Sila beri nasihat berdasarkan amaun atau berapa banyak pendedahan radioaktif.

Bahan radioaktif yang ada di dalam udara boleh terdapat di dalam alam persekitaran sekiranya bahan radioaktif itu jatuh pada permukaan tanah atau bangunan. Dalam hal demikian, anda menghadapi risiko di dalam badan sekiranya anda mengambil bahan radioaktif itu dengan meminum air atau memakan hasil pertanian yang tercemar oleh bahan radioaktif.
Kesihatan anda boleh terjejas sekiranya anda terdedah kepada radioaktiviti, walau bagaimanapun, kesan atau sejauh mana pengaruhnya bergantung pada amaun atau berapa banyak anda terkena radiasi. Sebagai contoh, pendedahan radioaktif di bawah 100mSv (milli-sievert) tidak akan memberi kesan yang segera kepada kesihatan. Semakin tinggi amaun radioaktiviti, semakin tinggilah risiko anda mendapat barah di dalam tempoh beberapa tahun hingga beberapa dekad, tetapi risikonya hanya 0.5 peratus dalam hal 100mSv radioaktiviti. Ini merupakan risiko yang lebih rendah daripada satu per sepuluh, berbanding dengan mendapat penyakit barah berhubung dengan amalan-amalan kehidupan seharian, seperti merokok, diet, maka anda tidak perlu berasa begitu bimbang sekali.