Home

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 5

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.


放射線被ばくに関する基礎知識 5 (マレーシア語)

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 5

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi ? Bahagian 5

1. Kerajaan Metropolitan Tokyo berkata bahawa air di Pusat Penulenan atau Pembersihan Kanamachi di Daerah Katsushika mengandungi bahan iodin radioaktif sebanyak 210Bq/L iaitu 210 becquerel per liter). Tidak mengapakah bagi seseorang dewasa meminum air paip?

Bagi seorang dewasa, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan mengenai pengaruhnya terhadap kesihatan. Had terhadap radiasi di dalam air mengikut keselamatan undang-undang Jepun adalah sebanyak 300Bq/L per kilogram. Standard ini ditetapkan apabila dos radiasi yang diterima oleh kelenjar tiroid kekal pada tahap 50mSv (milli Sievert) setiap tahun atau kurang, walaupun bila air yang mengandungi iodin radioaktif terus menerus diinges bagi satu tempoh masa yang panjang. *

Contohnya, apabila seorang dewasa terus menerus meminum air yang mengandungi iodin sebanyak 300Bq/L selama dua bulan, jumlah pendedahan terhadapnya adalah lebih kurang 790 μSv (mikro Sievert) atau 0.79 mSv berdasarkan penukaran pekali (koefisien) oleh Suruhanjaya Antarabangsa terhadap Perlindungan Radiologi. Nilai sebanyak ini merupakan satu pertiga daripada kuantiti radiasi yang diterima oleh manusia dalam setahun dari latar belakang alam semula jadi maka anda tidak perlu berasa bimbang akan kesannya terhadap kesihatan anda.

Tambahan lagi, separuh hayat iodin radioaktif adalah lebih kurang lapan hari. Iodin radioaktif tersebut akan menjadi kurang lagi dan tinggal setengah sahaja setelah lapan hari, dan iodin radioaktif tersebut akan menjadi kurang lagi dan tinggal seperempat sahaja setelah lapan hari lagi dan begitulah seterusnya. Oleh yang demikian, walaupun pada satu masa iodin radioaktif masuk ke dalam badan, iodin radioaktif tersebut akan tinggal hanya satu per seratus atau kurang dalam tempoh dua bulan.

*Suruhanjaya Keselamatan Nuklear (langkah-langkah keselamatan untuk kemudahan-kemudahan nuklear) Kali terakhir diubah: Ogos 2010.

2. Bolehkah saya menggunakan air yang disebutkan di dalam soalan di atas untuk memasak?

Anda tidak perlu berasa bimbang akan kesannya terhadap kesihatan walaupun air tersebut digunakan untuk memasak. Standard keselamatan ditetapkan pada tahap nilai yang amat rendah supaya kesannya terhadap kesihatan adalah paling minimum, walaupun semasa menggunakan air tersebut untuk memasak.

3. Bolehkah saya menggunakan air yang disebutkan di atas tadi untuk mandi, berkumur-kumur, memberus gigi dan sebagainya?

Tidak terdapat sebarang kesan negatif terhadap kesihatan walaupun anda menggunakan air tersebut untuk tujuan-tujuan lain selain meminum dan memasak.

Sekiranya anda terus menggunakan air paip yang mengandungi iodin radioaktif sebanyak 300Bq/L dan juga mengandungi cesium radioaktif sebanyak 200Bq/L selama setahun (Ini adalah tahap standard keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan), adalah dianggapkan dos pendedahan daripada air ialah lebih kurang 14.5μSv (mikro Sievert), dan pendedahan dalaman daripada iodin dan cesium radioaktif daripada air yang telah menjadi wap adalah sebanyak 250μSv (mikro Sievert). Jumlah ini hampir sama dengan pendedahan terhadap radiasi akibat penerbangan pergi-balik di antara Tokyo dan New York, maka anda tidak perlu berasa bimbang.

4. Saya dengar bahawa iodin radioaktif menyejat di dalam air yang mendidih. Adakah ini benar?

Adalah dipercayai bahawa iodin radioaktif tidak menyejat di dalam air yang mendidih. Iodin radioaktif akan memeluwap setelah air menyejat.

5. Adakah terdapat sebarang kesan terhadap wanita-wanita yang mengandung dan kanak-kanak?

Sila rujuk pada komen yang diberikan oleh persatuan-persatuan berikut di laman web.
Persatuan Radiologi Jepun (Japan Radiological Society)
http://www.radiology.jp/

Persatuan Obstetrik (Kebidanan) dan Ginekologi (Sakit Puan) Jepun (Japan Society of Obstetrics and Gynecology)
http://www.jsog.or.jp/