Home

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 4

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.


放射線被ばくに関する基礎知識 4 (マレーシア語)

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 4

1. Saya tinggal di kawasan Metropolitan Tokyo (Tokyo, Chiba, Kanagawa). Adakah lebih baik bagi saya supaya mengelakkan diri daripada keluar dari rumah?

Hingga kini, amaun radiasi yang terdapat di kawasan Kanto amat kecil sekali. Selagi kesan kemalangan loji nuklear tidak meningkat dengan begitu ketara, anda boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa, dan tidak perlu bimbang untuk keluar dari rumah.

2. Saya tinggal 50 kilometer jauhnya dari kawasan kemalangan loji nuklear di Fukushima. Adakah selamat bagi saya untuk membuka tingkap atau menggunakan sistem penyaman udara?

Membuka tingkap atau mengalih udara dengan sistem penyaman udara tidak meninggalkan kesan yang memudaratkan kesihatan anda. Selagi kesan kemalangan loji nuklear tidak meningkat dengan begitu ketara, anda tidak perlu bimbang.

3. Saya tinggal di kawasan Metropolitan Tokyo. Beberapa hari setelah kemalangan loji nuklear, saya basah kena hujan. Saya tidak apa-apakah?

Hujan difikirkan mengandungi bahan radioaktif yang terlepas akibat kemalangan loji nuklear, tetapi amaunnya tidak ketara. Berdasarkan pada pengiraan penumpuan radioaktif di dalam udara yang dilaporkan, amaun bahan cemar radioaktif dari air hujan tidak membahayakan kesihatan walaupun bahan cemar itu melekat pada kulit. Anda tidak perlu berasa bimbang.

4. Saya pun dapat tahu bahawa bahan radioaktif dapat dikesan juga dalam air paip, tetapi saya minum air paip sebelum perkara itu dilaporkan. Saya tidak apa-apakah? Adakah air paip tidak seharusnya digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain termasuk minum?

Meminum air paip dalam satu jangka masa yang pendek tidak membahayakan kesihatan anda. Kementerian Kesihatan telah memberi pandangan-pandangan berikut untuk bersedia menggunakan air paip dengan terhad, mungkin kementerian terpaksa mengehadkan penggunaan air paip akibat kemalangan loji nuklear di Fukushima.

(1) Elakkan diri daripada meminum air paip.
(2) Tidak mendatangkan sebarang masalah menggunakan air paip untuk kegunaan harian seperti mandi atau mencuci tangan.
(3) Sekiranya tidak ada pilihan lain tidak mengapa minum air paip.
Sila beri perhatian terhadap maklumat-maklumat yang dibekalkan oleh kerajaan perbandaran.