Home

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 3

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.


放射線被ばくに関する基礎知識 3 (マレーシア語)

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 3

1. 'Media massa telah melaporkan pencemaran makanan oleh radiasi. Adakah langkah-langkah beringat-ingat yang perlu kita ambil semasa kita makan sayur-sayuran atau makanan-makanan lain?

Kebanyakan radiasi yang dapat dikesan pada sayur-sayuran terdapat pada permukaannya. Kita boleh mengurangkan bahan-bahan yang tercemar itu dengan mencucinya betul-betul, merebusnya (membuang air rebusan) dan mengupas kulit sayur-sayuran itu.

2. Bagi penduduk-penduduk di kawasan pemindahan dan mereka-mereka yang telah diarahkan supaya tinggal di dalam rumah, apakah yang harus dilakukan terhadap pakaian-pakaian yang dapat dikesan terkena pencemaran radiasi?

Setakat ini, belum ada seorang pun yang didapati terkena pencemaran radiasi yang membahayakan kesihatannya. Setelah pakaian itu dicuci seperti selalu, pakaian itu selamat digunakan seperti biasa.

3. Apakah yang harus dilakukan terhadap air cucian pakaian yang telah digunakan untuk dekontaminasi?

Adalah selamat bagi kita membuangkan air itu ke dalam sistem kumbahan biasa.

4. Adakah selamat bagi kita berhubungan dengan orang-orang yang datang dari kawasan-kawasan yang terjejas?

Apabila kita menerima seseorang penghuni kawasan pemindahan dari kawasan yang terjejas dengan radiasi, adalah baiknya kita menyuruh dia menanggalkan pakaian luarnya, dan pergi mandi dahulu. Semasa mandi, seseorang itu hendaklah memberi perhatian yang lebih terhadap mensyampu rambutnya, mencuci muka dan badannya serta memberus permukaan kulit di keliling kuku-kuku jari. Adalah selamat kita membiarkan air mandi mengalir seperti biasa. Kereta yang digunakan untuk memindahkan penduduk-penduduk, mungkin juga terkena pencemaran radioaktif. Bagi kereta-kereta ini, menjalani pencucian kereta seperti biasa sudah memadai. Air cucian kereta juga boleh dibuangkan ke dalam sistem kumbahan.