Home

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 2

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.


放射線被ばくに関する基礎知識 2 (マレーシア語)

Faktor-faktor asas berhubung dengan pendedahan terhadap radiasi yang terhasil akibat kemalangan loji nuklear ? Bahagian 2

1. Menurut media massa, ‘Tahap radiasi telah meningkat di kawasan Kanto.’ Adakah kita selamat dan tidak apa-apa?

'Amaun radiasi sepuluh kali atau seratus kali lebih tinggi daripada tahap latar belakang biasa' kedengaran sangat luar biasa, tetapi pada kenyataannya di tahap ini masih tidak membahayakan kesihatan kita.

Tahap radiasi yang diperhatikan di Wilayah Tokyo, Tochigi, Gunma, Chiba, Kanagawa, Yamanashi dan Shizuoka di antara pukul 9.00 pagi dan pukul 5.00 petang pada 5 hari bulan Mac ialah 1 mikro Sievert (μSv) per jam paling tinggi. Sekiranya kita terus menerus terdedah pada tahap ini selama setahun, tahap jumlah radiasi hampir sama dengan tahap satu imbas CT yang kita ambil di hospital, maka jelaslah tahap ini tidak membahayakan kesihatan kita. Lagi pun, radiasi di tahap ini (1 μSv/jam) tidak mungkin akan berterusan.

2. Bolehkah saya menyukat pendedahan terhadap radiasi di NIRS?

Institut Sains Radiologi Negara (National Institute of Radiological Sciences: NIRS) telah menjalankan penyukatan radiasi bagi mereka yang bekerja di logi tenaga nuklear di Wilayah Fukushima semalam dan pada hari sebelumnya. Setakat ini, kami belum mendapati sesiapa pun yang memerlukan langkah-langkah dekontaminasi. Maka, mereka yang tidak diarahkan pergi ke tempat perlindungan atau dipindahkan oleh kerajaan tempatan tidak perlu memeriksa tahap radiasi mereka.

Penyukatan radiasi dijalankan di tempat perlindungan di kawasan-kawasan yang mengalami kemusnahan, tetapi tujuan ujian-ujian ini adalah untuk memastikan tidak terdapat kesan yang berbahaya terhadap orang-orang tersebut.

3. Apakah yang boleh kita lakukan untuk dekontaminasi? Bagaimana saya boleh mendekontaminasikan di rumah?

Dekontaminasi boleh disempurnakan dengan mandi, mensyampu rambut dan juga dengan mencuci pakaian. Maksudnya, kegiatan harian telah pun menawarkan perlindungan untuk dekontaminasi.

4. Saya sedang mengandung. Adakah saya akan terjejas oleh radiasi?

Seperti yang telah dijelaskan untuk penduduk umum, wanita-wanita yang mengandung tidak perlu berasa bimbang yang berlebih-lebih. Berkenaan dengan kesan-kesan terhadap kanak-kanak yang belum lahir, tidak dapat sebarang kajian yang menunjukkan kecacatan dan/atau kerencatan mental boleh berlaku pada dos pendedahan kurang daripada 100 mSv*. Bagi barah kanak-kanak atau orang dewasa, kesan akibat tahap radiasi masa ini adalah lebih kurang daripada faktor-faktor lain yang berkaitan dengan gaya hidup kita.
Maka, anda tidak perlu bimbang berlebih-lebih dengan keadaan sekarang ini.

Potassium iodide merupakan satu ubat yang boleh mengurangkan kemusnahan radiasi. Kesan-kesan sampingan seperti reaksi alahan mungkin akan berlaku apabila mengambil potassium iodide. Sila ambil langkah-langkah berjaga-jaga sebelum menggunakan ubat ini.

Jangan telan produk yang mengandungi iodin yang boleh didapati di komersial (seperti ubat pencuci mulut, penyembur kerongkong atau bahan penyahjangkit (disinfektan)

Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat laman web 'Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan'

http://www.mhlw.go.jp/stf/houdou/2r98520000014uzs-img/2r98520000014v1g.pdf(PDF)

*Lebih tepat lagi, dos radiasi bagi kanak-kanak yang belum lahir sepatutnya ditunjukkan,'kurang daripada 100 mGy', tetapi kami telah menggunakan Sievert (Sv) oleh kerana unit ini biasa digunakan oleh media (1 Sv = 1 Gy untuk sinar X dan sinar gama).