Home

Penilaian Kemusnahan Bangunan terhadap bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan tsunami di kawasan Pantai Pasifik, Timur Laut Jepun

【注意】この情報は過去の情報であり、現状にはあわなくなっている可能性
があります。
【Notice】Please note this information is old and may not be correct any more.


東北地方太平洋沖地震による被災建物への「建物被害認定調査」について(マレーシア語)

Penilaian Kemusnahan Bangunan terhadap bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan tsunami di kawasan Pantai Pasifik, Timur Laut Jepun

Penilaian Kemusnahan Bangunan terhadap bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh gempa bumi dan tsunami di kawasan Pantai Pasifik, Timur Laut Jepun
27 hb Mac 2011

Untuk menilai sejauh mana kemusnahan ke atas bangunan akibat kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda kawasan Pantai Pasifik, Timur Laut Jepun, Pejabat Daerah Sendai sedang menjalankan ‘Penilaian Kemusnahan Bangunan’ dan kami meminta setiap penduduk memberi kerjasama dalam perkara-perkara yang terdapat dalam garis-garis panduan berikut.

Dalam hal membaiki atau merobohkan bangunan
Dalam hal keadaan di mana anda hendak membaiki atau merobohkan sesuatu bangunan itu sebelum para pegawai kami datang untuk memeriksa bangunan tersebut, sila pastikan anda dapat menyediakan perkara-perkara berikut supaya dapat menentusahkan sejauh mana kemusnahan yang berlaku ke atas bangunan tersebut walaupun pada suatu tarikh yang agak lewat.

1.Gambar-gambar yang menunjukkan keadaan kemusnahan sebelum bangunan itu dibaiki.
(1)gambar-gambar yang menunjukkan pandangan keseluruhan bangunan yang termusnah itu. (Kalau boleh sila ambil gambar pandangan keseluruhan bangunan itu dari keempat-empat sudut).
(2)gambar-gambar yang menunjukkan keadaan bahagian-bahagian yang telah termusnah itu.
(bumbung, tiang, dinding bahagian luar, dinding bahagian dalam, kelengkapan bangunan, tapak bangunan, lantai, siling, kemudahan-kemudahan bangunan dan lain-lain)

2.Anggaran dan penyata terperinci berkenaan dengan membaiki atau merobohkan bangunan.

3.Dokumen-dokumen lain yang boleh menjadi bahan rujukan untuk mengesahkan keadaan kemusnahan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Kemusnahan Bangunan?

1.Penilaian Kemusnahan Bangunan adalah suatu pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Pejabat Daerah Sendai berdasarkan standard kebangsaan untuk menilai sejauh mana kemusnahan ke atas satu-satu bangunan (sama ada termusnah sepenuhnya atau sebahagian sahaja, dsb).
Perhatian: Pemeriksaan bagi penilaian ini berbeza daripada ‘pemeriksaan keselamatan kecemasan’ yang mana untuk menilai betapa bahayanya bangunan-bangunan yang musnah itu.

2.Oleh kerana kemusnahan yang disebabkan oleh bencana gempa bumi adalah sangat teruk, maka perkara ini akan memakan masa untuk melawat dan memeriksa setiap individu. Kami sangat menghargai sikap bertimbang rasa anda berhubung dengan hal ini.

Kami akan memberitahu anda kemudian mengenai formaliti Sijil Mangsa Bencana Alam (Risai shoumei り災証明, sebuah sijil yang dikeluarkan apabila kami mengesahkan betapa teruknya kemusnahan yang berlaku ke atas perumahan yang disebabkan oleh bencana alam) dan juga sijil pemberitahuan mangsa bencana alam (Risai todokede shoumei り災届出証明, sebuah sijil yang dikeluarkan untuk mengesahkan laporan anda mengenai kemusnahan selain perumahan)